Isnin, 28 November 2011

Misi 8A...komik yang memberi motivasi kepada pelajar yang akan menghadapi PMR...

karya Afiq dan Nazry

Komik ini sesuai dibaca oleh semua golongan tidak kira yang tua atau yang muda ataupun yang akan menghadapi peperiksaan dalam masa yang terdekat sebab komik ini menggunakan bahasa Malaysia yang tinggi. Jalan ceritanya juga menarik iaitu mengisahkan seorang pelajar yang pemalas yang hanya ingin bermain sahaja dapat mengubahkan keputusan PMRnya dalam masa setahun sahaja. Bukan setakat itu sahaja kita juga boleh dapat pengajaran tentang apa itu persahabatan pada akhir ceritanya. Selain itu, ada juga tip-tip untuk semua pelajar semasa belajar dan mengambil peperiksaan di ruang 'TIP-TIP CEMERLANG Misi 8A' dan kata-kata semangat daripada orang-orang yang ternama seperti Saidina Ali Abi Talib,Albert Einstein dan ramai lagi. Jadi , belilah komik Misi 8A jikalau tiada lagi ! Dan juga beli sambungannya iaitu Misi 10A untuk pelajar yang akan atau sedang menghadapi SPM.(saya belum ada lagi Misi 10A~~insyallah satu hari nanti akan saya perolehinya)

MAJUKAN KOMIK MALAYSIA